KAMI AKAN MENCERITAKAN TENTANG KELAB ALAM SEKITAR...
Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di perkaan bumi, atau sebahagian daripadanya.
Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan mennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.
Kepentingan alam sekitar ialah:
• Kesihatan manusia terjamin
• Tarikan pelancong asing
• Pembekalan udara yang segar
• Ekosistem yang stabil
• Habitat hidupan darat dan air terpelihara
• Mengelakkan kepupusanKemusnahan alam sekitar diakibatkan oleh pelbagai pihak. Sektor perindustrian dan sektor pertanian yang merupakan sektor terpenting di negara kita turut menyumbang dalam kemusnahan alam sekitar.
Punca - punca kemusnahan alam sekitar ialah:
Penggunaan baja kimia dan secara berlebihan
• Penebangan pokok-pokok secara berleluasa
• Pembakaran terbuka
• Pembebasan gas-gas seperti gas karbon monoksida, karbon dioksida, sulfur oksida, hidrokarbon dan lain-lain.
• Pengeluaran sisa-sisa bahan toksik yang berbau busuk
• Pembuangan sisa-sisa toksikKesan - kesannya ialah:
• Pencemaran udara dan jerebu
• Fenomena hujan asid
• Pencemaran bau
• Pencemaran air
• Kemusnahan hidupan akuatik
• Peningkatan suhu sekitar/pemanasan setempat
• Keracunan
• Hakisan tanah dan banjir
• Kesihatan terjejas